KUALA LUMPUR – Seramai 639 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara semalam.
Daripada jumlah itu, seramai 586 individu dikompaun manakala 53 lagi direman, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (152); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (109); tidak memakai pelitup muka (103); tiada penjarakan fizikal (100); aktiviti pusat hiburan (25); aktiviti perjudian (12); rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (11) dan lain-lain (127).
Sementara itu, dalam Operasi BENTENG (Op BENTENG) semalam telah menangkap lima orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
dan merampas dua buah kenderaan darat, kata Ismail Sabri.
Menurutnya, sebanyak 76 buah bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.
Dalam pada itu, katanya, seramai 589 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 204,949 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di
75 hotel dan sembilan Institut Latihan Awam serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
“Daripada jumlah itu, seramai 7,740 individu telah dikuarantin dan 195,202 orang dibenarkan pulang manakala 2,007 lagi dibawa ke hospital,” kata Ismail Sabri.,- MalaysiaGazette