Home Nasional Pengarah filem dikompaun RM10,000 jalankan penggambaran di tempat awam

Pengarah filem dikompaun RM10,000 jalankan penggambaran di tempat awam

safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

SEREMBAN – Seorang pengarah filem tempatan dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjalankan aktiviti penggambaran filem di tempat awam di Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kompaun terhadap lelaki berusia 59 tahun dibuat setelah polis menerima maklumat daripada orang awam terdapat penggambaran filem di kawasan terbabit kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Kompaun dikeluarkan oleh polis kepada lelaki itu semasa penggambaran sedang dijalankan di jeti berkenaan.

Individu yang dikompaun seharusnya lebih peka dengan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu penggambaran hanya dibenarkan dibuat di dalam studio sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Jelasnya, polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan MKN dalam mengawal jangkitan pandemik COVID-19 memandangkan kes wabak itu masih lagi tinggi.

— BERNAMA