KUALA LUMPUR – Aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa di pantau sepanjang masa bagi memastikan ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani sewajarnya.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, langkah itu menyusul berikutan tular arahan dan langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh pentadbir sistem siber dan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ATM dan Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM atau Cyber Defence Operation Center (CDOC) semalam.
“Bagaimanapun, arahan yang dikeluarkan itu adalah sebagai normal praktis kepada aspek peringatan, tindakan serta langkah-langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber.
“Ia sebagai langkah menangani apa jua kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber dan ICT ATM serta Kementerian Pertahanan,” katanya menerusi kenyataan media pagi ini.
Affendi juga menegaskan bahawa, ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa melalui peranan yang digerakkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta CDOC yang bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan Negara. – MalaysiaGazette
Diharap ianya benar2 selamat dan resilient? Jangan jadi macam semasa zaman sebelum PRU yang lepas dimana sistem telekomunikasi negara menjadi kacaubilau sebelum Pakatan Hancing menang PRU & berkuasa?