Home Pendapat Kita mampu memperburukkan wajah Zionis ini

Kita mampu memperburukkan wajah Zionis ini

Polis Israel menangkap aktivis pro-penempatan yang dilakukan Israel di sempadan Palestin-Israel sehingga mencetuskan kontroversi. foto: Reuters

SERUAN kepada ulil absar (orang yang mempunyai fikiran) dari kalangan umat Islam untuk menilai realiti yang berlaku sekarang dengan meletusnya peperangan di Masjid al-Aqsa yang diberkati, dan di bandar yang suci (Bayt al-Maqdis),  dan di bumi yang suci dan diberkati (al-Ard al Muqaddasah al-Mubarakah).

Saya amat berharap kepada  ulil absar (orang yang mempunyai fikiran) dari kalangan umat Islam di seluruh pelusuk dunia (Timur dan Barat) supaya mengulangi kembali membaca ayat yang kedua daripada surah al-Hasyr dan sama-sama meneliti dan mengulang-ulang penelitian mereka yang mana Allah SWT berfirman;

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْيَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الأَبْصَارِ

“Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halaman mereka ketika mana mereka berhimpun buat julung kalinya untuk memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat) dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah.

Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati-hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”

Bagi sesiapa yang masih ragu-ragu tentang dekatnya kehancuran Zionis,  saya berharap agar mereka boleh membandingkan apa yang berlaku kepada Yahudi di Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan realiti yang berlaku pada hari ini

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ

“Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir dari kalangan Ahli Kitab dari kampung halaman mereka ketika mana mereka berhimpun buat julung kalinya untuk memerangi Rasulullah”

Ayat ini membincangkan tentang kaum Yahudi yang hidup di Madinah al-Munawwarah pada zaman Rasulullah SAW. Mereka mempunyai kekuasaan dan kekuatan. Bandingannya dengan realiti pada zaman sekarang pula,  kaum Yahudi mempunyai kekuatan dan kekuasaan sejak 73 tahun mereka menjajah bumi Palestin yang diberkati bahkan mereka membawa kerosakan dan kesombongan yang besar sebagaimana yang Allah SWT nyatakan di awal surah al-Isra’;

مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا

“Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka (kaum Yahudi) akan keluar (disebabkan bilangan mereka yang ramai dan pertahanan mereka yang kuat”

Secara logiknya akan lenyapkah Zionis ini? Yang mana di belakang mereka ada Amerika, satu kuasa besar dunia yang mampu memberikan kepada Zionis segala keperluan hidup mereka . Zionis merupakan strategi peperangan Salib untuk menjajah negara-negara Islam.

وَظَنُّوا أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّه

“dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah.”

Bandingannya sekarang Zionis menyangka bahawa kekuatan ketenteraan serta sistem pertahanan mereka dapat menegah mereka daripada kehancuran dan kemusnahan. Tetapi  secara spontan, Allah menyangkal sangkaan dan ramalan mereka,  malah  berlaku sebaliknya dan Allah datangkan tiga pukulan hebat  kepada mereka;

1. فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا

Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka,

2. وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ

Allah campakkan perasaan cemas takut ke dalam hati-hati mereka,

3. يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ

Mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) s ambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian daripada luar).

Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

Adakah kita mengambil iktibar dengan apa yang berlaku pada hari ini?

Adakah kita yakin dengan janji Allah SWT dalam surah al-Isra’ yang menjadi isyarat  untuk kita mendapat kebebasan yang akan datang?

Adakah kita menjadi orang-orang yang  beriman yang sama-sama menyumbang dalam  menghancur binasakan rumah-rumah Yahudi pelampau dan menghilangkan kekuatan mereka?

Kemuliaan milik kita . Kita mampu memperburukkan wajah Zionis ini dan kita akan masuk dalam Masjid al-Aqsa untuk membebaskannya dan menghancurkan Zionis Israel si penjajah.

 

Oleh: Prof Dr Abdul Fattah El-Awaisi
Prof Hubungan Antarabangsa Sosial Sains di Universiti Ankara, Turki

Artikel diterjemahkan oleh Ustaz Mohd Rifqi Myiddin dari SMK Taman Universiti, Johor Bahru, Johor