Home Dunia 2,322 kes varian India dikesan di Britain

2,322 kes varian India dikesan di Britain

Iklan maklumat kesihatan kerajaan Britain yang memaklumkan sekatan baharu ekoran penularan penyebaran penyakit Covid-19. foto Reuters

LONDON – Sebanyak 2,323 kes varian koronavirus yang pertama kali dikesan di India telah direkodkan di Britain, kata Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock.

Bercakap di Parlimen, Hancock berkata, varian sekarang merupakan strain virus yang dominan di Bolton dan Blackburn, keduanya di barat laut England serta Darwen dengan 483 kes disahkan positif.

Menurut Hancock, kes varian meningkat dua kali ganda pada minggu lalu di lokasi tersebut.

“Di Blackburn, lapan orang yang kini berada di hospital dengan jangkitan Covid-19 dan di Bolton, 19 orang kini berada di hospital dengan koronavirus – yang kebanyakannya layak mendapat vaksin tetapi belum divaksin.

”Ini menunjukkan varian baharu tidak cenderung menjangkiti kelompok yang lebih tua dan individu diberi vaksin dan ini menggariskan bahawa pentingnya mendapatkan suntikan vaksin dan bukan terhad kepada golongan rentan sahaja,” katanya.

Hancock mengatakan terdapat ‘keyakinan tinggi’ bahawa vaksin Covid-19 yang ada sekarang berkesan terhadap varian India, tetapi virus itu dapat ‘merebak seperti kebakaran liar’

“Walaupun kami juga tidak memiliki gambaran lengkap mengenai kesan vaksin, data makmal awal dari Universiti Oxford membuktikan bukti dari Bolton Hospital dan data pemerhatian awal dari India bahawa vaksin berkesan terhadap varian ini,” katanya.

Seramai 36.7 juta penduduk Britain sudah menerima suntikan vaksin pertama. – MalaysiaGazette