Home Seni Hidup Lantang pejuang isu Palestin, Heliza dapat amaran IG

Lantang pejuang isu Palestin, Heliza dapat amaran IG

Heliza Helmi.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi menerima amaran daripada pihak Instagram (IG) apabila kerap memuat naik pelbagai hantaran berkenaan isu yang berlaku di Palestin ketika ini.

Menurut penyanyi berusia 35 tahun itu, terdapat beberapa hantaran miliknya telah diturunkan pihak Instagram yang dilabel sebagai keganasan atau berbahaya.

“Kutip derma dan cakap the truth pun violence ka? LIVE pun kakja dah tak dapat buat. Hahaha takuit ler tu. koyaks ker tu. Hehehehe tak ada masalah tak ada masalah tak ada masalah. ALLAH kan ada . 😁
.
“In sha Allah hingga TITISAN DARAHS TERAKHIRS AKAN KU PERJUANGKANS ISU UMMAHS! TAKBIR!!! Korang doakan media sosial kita semua still selamat untuk kita teruskan JIH4.D kita! Pls,” tulisnya.

Bagaimanapun, dia yang lebih mesra dipanggil Kakja mempunyai teknik bagi mengelakkan perkara tersebut disekat iaitu dengan menggunakan bahasa ‘F’ atau perkataan yang sukar dikesan pihak Instagram.

Selain Heliza, beberapa selebriti lain seperti Fedtri Yahya, Faizal Tahir, Mizz Nina, Diana Amir dan ramai lagi turut lantang menyuarakan kemarahan terhadap zionis Israel melalui platform media sosial. – MalaysiaGazette