Home Sukan Syahmi kehilangan anak sulung

Syahmi kehilangan anak sulung

Pemain Selangor FC, Muhammad Syahmi Safari (kanan)

KUALA LUMPUR – Ketiadaan Syahmi Safari pada hari pertama sesi latihan skuad Harimau Malaya akhirnya terjawab apabila pemain pertahanan Selangor itu baru sahaja kehilangan anak perempuannya yang baru lahir pada Jumaat lalu.

Dia meluahkan kesedihannya dengan memuat naik beberapa Insta Story di Instagram miliknya mengenai kematian bayi yang diberi nama Selam Rose Nayla binti Muhamad Syahmi.

“Masa baby dalam perut dia takde bagi sakit dekat mommy dia pun. Time nak bersalin baru rasa sakit kejap. Tu pun tengah push baby dah keluar separuh kita boleh tertidur 2 kali sebab penat tak reti nak push lagi dah. Alhamdullilah 14.5.2021, 10.27 pm baby dah selamat keluar. Tapi baby dah main dekat taman syurga,” tulisnya.

Biarpun berdepan dengan ujian berat, Syahmi kembali bersama rakan sepasukannya menerusi gambar-gambar sesi latihan hari kedua.

Sebelum ini, ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe cuma menjawab pemain berusia 23 tahun itu akan melaporkan diri lebih lewat kerana mempunyai urusan keluarga. – MalaysiaGazette