Home Dunia Pesawat pengebom AS terbang di ruang udara Semenanjung Korea

Pesawat pengebom AS terbang di ruang udara Semenanjung Korea

Pesawat B-1B

SEOUL – Dua pesawat pengebom B-1B terbang di ruang udara Semenanjung Korea sebagai tindak balas terhadap ujian peluru berpandu Korea Utara yang baru-baru ini, kata Tentera Udara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.

Korea Utara telah memaklumkan telah menjalankan satu lagi ujian berjaya bagi peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) pada hari Jumaat bagi membuktikan keupayaannya untuk menyerang tanah besar Amerika Syarikat.

Penerbangan B-1B, yang dijalankan pada hari Sabtu, adalah tindak balas langsung terhadap ujian peluru berpandu dan pelancaran roket “Hwansong-14” pada 3 Julai lalu, kata kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette