Home Sukan Allerdyce tolak kontrak baharu West Bromwich

Allerdyce tolak kontrak baharu West Bromwich

Sam Allerdyce

LONDON – Sam Allerdyce akan meninggalkan tugasnya sebagai Pengurus West Bromwich Albions pada akhir musim ini.

Allerdyce kali pertama dalam kariernya berdepan penyingkiran Liga Perdana Inggeris bersama West Brom selepas tewas di tangan Arsenal pada 9 Mei lalu.

Kelab itu akan beraksi dalam Liga Kejuaraan.

Bekas pengurus Bolton Wonderers, Newcastle, West Ham United, Sunderland dan Jurulatih England itu menggantikan Slaven Bilic di Wrst Brom dengan mengikat kontrak 18 bulan pada Disember lalu.

Allerdyce, 66, memaklumkan bahawa dia kesal tidak dapat komited dengan Albion untuk tempoh yang panjang.

“West Bromwich Albion memberikan satu keistimewaan untuk saya berkhidmat terus dan kekal di The Hawthorns. Namun saya membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran itu.

“Jika saya kekal dana liga Kejuaraan dan berjaya kembali ke EPL musim 2022, saya mungkin diharap menyambung kontrak dan itu bukan sasaran saya dan tidak sesuai untuk masa depan kelab dan karier saya,” katanya.

Pengarah Teknikal West Brom Luke Dowlung juga sedih dengan keputusan Allerdyce yang menolak tawaran untuk kekal dua musim bersama kelab itu.-MalaysiaGazette

+ posts