Home Sukan JDT beli Bergson RM1.6 juta

JDT beli Bergson RM1.6 juta

Pemain JDT, Bergson Gustavo cuba melepas dua pemain KL City FC pada perlawanan Liga Super 2021 di antara KL City FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan membayar yuran perpindahan sebanyak RM1.6 juta bagi menandatangani pemain import Brazil, Bergson Da Silva secara tetap.

Perkara ini dikongsikan oleh Transfermakrt MY di laman media sosial Twitter.
Harga tersebut adalah harga yang ditetapkan oleh kelab Bergson sebelum ini dari Brazil, Fortaleza sekiranya JDT mahu mendapatkan pemain itu secara tetap.
Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan 11 gol dalam 11 penampilan sejak menyertai pasukan secara pinjaman pada hujung jendela perpindahan pertama musim ini.

Selain menandatangani Bergson secara tetap, baru-baru ini JDT turut mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Australia, Shane Lowry.

Pemain muda yang beraksi bersama kelab England, Wolverhampton Wanderers, Hong Wan turut dibawa masuk bagi menggantikan Hariss Harun yang pulang ke Singapura dengan menyertai Lion City Sailors. – MalaysiaGazette