Home Nasional Lagi PKPD di Tawau, Kluang dan KL

Lagi PKPD di Tawau, Kluang dan KL

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob MCO burger seller stall RM50,000 compound Wan Mohd Faisal Wan Kadir KD Mahawangsa Covid-19 positive crewmen crew navy ship
Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau, Sabah; asrama pekerja masing-masing di Kilang Oceanic Fabric Mill dan Kilang Purnabina, Kluang, Johor serta Kampung Batu Muda Tambahan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di sini.

PKPD itu akan berkuat kuasa selama 14 hari bermula Ahad ini hingga 5 Jun ini selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes Covid-19 ketara dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di lokaliti berkenaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat kini KKM melaksanakan 35 ujian saringan dan 24 daripadanya disahkan positif Covid-19 di Kampung Pagar Sungai Imam.

“KKM juga melaksanakan 33 ujian saringan di asrama pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan daripada jumlah itu, 25 orang didapati positif Covid-19. Sebanyak 31 kes positif pula direkodkan di asrama pekerja Kilang Purnabina hasil daripada 99 ujian saringan.

“Sebanyak 76 kes positif Covid-19 direkodkan di Kampung Batu Muda Tambahan hasil daripada 300 ujian saringan dilakukan KKM manakala di PPR Kampung Limau, seramai 59 penduduk disahkan positif Covid-19 selepas 150 orang disaring,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette