Home Nasional Tanah Putih dan Kemunting disanitasi

Tanah Putih dan Kemunting disanitasi

Proses sanitasi oleh anggota terlibat di lokaliti PKPD Kemunting, Kuantan

KUANTAN – Dua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kuantan selesai disanitasi pada hari ini.

Pegawai Penguasa Bomba (I) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menjalankan operasi sanitasi awam secara bersasar melibatkan kawasan PKPD bersama enam agensi lain.

Antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alam Flora, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pejabat Penerangan Daerah Kuantan.

Ismail Abdul Ghani

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati proses sanitasi dilakukan oleh 80 anggota dan berjalan dengan lancar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Tujuan operasi sanitasi bersasar, melibatkan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kemunting dan Tanah Putih.

“Ia mengelakkan daripada jangkitan kuman Covid-19 dan permintaan daripada Datuk Bandaraya supaya kawasan terlibat PKPD dibuat secara menyeluruh,” katanya sambil menambah roses sanitasi turut melibatkan kawasan taman, perumahan serta masjid.

Tambah beliau, ia merupakan sanitasi kali pertama dilaksanakan untuk PKP 3.0

ARTIKEL BERKAITAN :

Polis kawal ketat Tanah Putih

PKPD: Penduduk tinggalkan Tanah Putih sebelum 5 Mei diminta isytihar taraf kesihatan

PKPD di Kemunting bermula 17 Mei sehingga 30 Mei 2021 manakala di Tanah Putih dilanjutakan daripada 19 Mei hingga 25 Mei ini. – MalaysiaGazette