Home Ekonomi KWSP Seri Petaling beroperasi esok

KWSP Seri Petaling beroperasi esok

EPF employees Provident Fund total lockdown closure
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2021, tengah hari esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan kaunter di KWSP Seri Petaling mulai esok, 24 Mei 2021.

Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli dan anggotanya sentiasa terjaga, KWSP akan terus melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) di cawangan-cawangan seluruh negara.

Menurutnya, ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu.

Semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan dan dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan fizikal yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan. – MalaysiaGazette