BRAZZAVILLE – Kerajaan Congo melakukan pemindahan besar-besaran penduduk di bandar Goma selepas Gunung Nyiragongo meletus.
Letusan lava tinggi meletup ke udara hingga membentuk awan jingga tebal di Goma, yang mempunyai populasi seramai dua juta.
Ribuan penduduk yang panik telah melarikan diri.
Gunung berapi yang terletak 10 kilometer (enam batu) dari Goma, terakhir meletus pada tahun 2002 membunuh 250 orang dan menyebabkan 120,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Penduduk membawa tilam dan barang-barang keperluan menyelamatkan diri di sempadan Rwanda sebelum kerajaan membuat pengumuman.
Pengumuman kerajaan dibuat selepas beberapa jam letusan berlaku.
Pihak berkuasa Rwanda berkata, seramai 3,000 orang sudah melintasi dari Goma.
Manakala ada penduduk menyelamatkan diri di tempat tinggi di barat bandar.
Fraktur baharu yang terbuka di gunung berapi, memungkinkan lava mengalir ke selatan menuju Goma dan sampai ke lapangan terbang, di pinggir timur kota.
Bekalan elektrik terganggu di sebahagian besar kawasan manakala satu lebuh raya yang menghubungkan Goma dengan kota Beni sudah dilanda lava.
Gunung Nyiragongo adalah salah satu gunung berapi yang lebih aktif di dunia tetapi ada kebimbangan bahawa aktivitinya tidak diperhatikan dengan tepat oleh Balai Cerap Gunung Berapi Goma, sejak Bank Dunia memotong dana ekoran tuduhan rasuah.
Dalam laporan pada 10 Mei lalu, balai cerap memperingatkan bahawa aktiviti gempa di Nyiragongo telah meningkat.
Letusan gunung berapi paling dahsyat berlaku pada tahun 1977, ketika lebih daripada 600 orang mati.- MalaysiaGazette