Home Nasional Tular 40 jururawat meninggal dunia, vaksin racun tuduhan tidak benar – KKM

Tular 40 jururawat meninggal dunia, vaksin racun tuduhan tidak benar – KKM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan satu audio yang tular mendakwa seramai 40 orang jururawat meninggal dunia dan vaksin Covid-19 adalah racun.

Menurut KKM dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

”Kementerian Kesihatan menasihatkan agar semua masyarakat membimbing mereka yang berada di bawah jagaan keluarga mereka agar tidak membuat, berkongsi dan mempercayai maklumat yang tidak benar sebegini,” katanya.

Tambah kementerian itu, adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang membuat kenyataan yang tidak benar dan menimbulkan kegelisahan awam.
Oleh itu, sebelum ianya berlaku adalah lebih baik kita mencegahnya dengan nasihat menasihati antara satu sama lain. – MalaysiaGazette