Home Dunia Bukan salah kapal Ever Given tersekat di Terusan Suez – Shoei Kisen

Bukan salah kapal Ever Given tersekat di Terusan Suez – Shoei Kisen

Kapal gergasi Ever Given. foto Agensi

KAHERAH – Pemilik kapal kontena yang tersekat secara melintang di Terusan Suez pada bulan Mac lalu mendakwa pihak berkuasa terusan itu bersalah hingga menyebabkan kejadian itu.

Ever Given juga mempertikaikan penahanan kapal dan menuntut pampasan, kata seorang peguam yang mewakili pemiliknya kapal gergasi itu.

Kapal tersebut adalah salah satu kapal kontena terbesar di dunia telah tersekat ketika melintasi terusan akibat angin kencang pada 23 Mac.

Kejadian itu berlaku selama enam hari, menyekat lalu lintas di kedua-dua arah hingga mengganggu perdagangan global.

Sejak itu, kapal itu telah ditahan di sebuah tasik antara dua benteng terusan itu oleh Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) yang menuntut AS$916.5 juta ke atas Shoei Kisan yang menjadi pemilik Ever Given.

Mahkamah Ekonomi Ismailia mengadakan perbicaraan pada hari Sabtu berhubung penahanan kapal tersebut.

Peguam yang mewakili Shoei Kisen berpendapat SCA bersalah kerana membiarkan kapal memasuki terusan tersebut di tengah-tengah cuaca buruk.

Ahmed Abu Ali, peguam yang mewakili Shoei Kisen berkata, pihak berkuasa gagal membuktikan kesalahan kapal.

Rakaman dari kapal yang dikemukakan kepada mahkamah menunjukkan ketidaksepakatan antara jurupandu SCA dan pusat kawalannya untuk membenarkan Ever Given melalui terusan tersebut, kata Abu Ali.

Peguam Shoei Kisen berhujah, kapal itu seharusnya diiringi sekurang-kurangnya dua kapal tunda yang sesuai dengan ukuran kapal, namun ia tidak berlaku.

Peguam juga berpendapat penahanan Ever Given adalah salah dari segi undang-undang dan bahawa kerja untuk membebaskan kapal itu bukan “penyelamatan (operasi) dalam hukuman yang tepat.

Hujah itu yang bermaksud SCA tidak wajar meminta pampasan untuk operasi seperti itu, kata Abu Ali.

“Ini adalah salah satu tugas pihak berkuasa menurut kontrak lalu lintas,” katanya.

Shoei Kisen menuntut ganti rugi awal sebanyak AS$ 100,000 untuk kerugian yang berkaitan dengan penahanannya, katanya.

Mahkamah dijangka mengeluarkan keputusan mengenai kes itu pada hari Ahad, kata peguam dan saksi. – MalaysiaGazette