KUALA LUMPUR – Cawangan Puspakom Taiping, Perak ditutup serta-merta dan tidak beroperasi sehingga diumumkan kelak susulan kakitangan disahkan positif Covid-19 dan pengesanan kontak sedang dijalankan.
”Pembukaan semula cawangan ini akan diumumkan kelak melalui saluran media sosial kami,” kata Puspakom.
Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di Puspakom Taiping, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik.
Sebagai alternatif, pelanggan yang telah membuat temujanji di Puspakom Taiping boleh menjalani pemeriksaan secara walk-in dengan pembayaran perlu dilakukan di cawangan Puspakom Gopeng, Ipoh, Teluk Intan, Manjung dan Mak Mandin
Menurutnya, pelanggan hanya perlu membawa slip pengesahan temujanji Puspakom Taiping semasa hadir ke cawangan alternatif. – MalaysiaGazette