KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang diburu pihak berkuasa sejak Februari lalu dipercayai masih berada di dalam negara ini.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Sajjad seolah-olah mendedahkan lokasi dirinya berada sekarang.
Berdasarkan hantaran itu, dia berada di BBU Commercial Centre dan menerusi carian dibuat ia adalah lokasi yang terletak di Johor Bahru, Johor.
Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada dia memang benar berada di okasi berkenaan sekarang ini atau dia sekadar sengaja meletakkan lokasi pada hantaran gambar tersebut.
Sehingga kini, Sajjad masih aktif di media sosial untuk mempromosikan aktiviti harianya.
Sebelum ini, polis percaya kemungkinan besar Sajjad kini berada di luar negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi negara itu.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.
Dia lari bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah. – MalaysiaGazette