Home Uncategorized Alliance Bank lanjut pakej bantuan pembayaran

Alliance Bank lanjut pakej bantuan pembayaran

 

KUALA LUMPUR – Alliance Bank Berhad (Alliance Bank) meneruskan lanjutan pakej bantuan pembayaran bagi membantu individu dan perniagaan yang berhadapan dengan aliran tunai yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Menurutnya, individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terjejas akibat pandemik boleh memohon untuk pakej bantuan itu kepada bank.

Sokongan sama turut ditawarkan kepada perniagaan yang mengalami kemerosotan dalam pendapatan.

Alliance berkata, tiada impak terhadap rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) kepada pelanggan yang membuat permohonan pakej bantuan ini sebelum 31 Disember 2021. – MalaysiaGazette