Home Nasional Lagi 20 kluster baharu ditemui

Lagi 20 kluster baharu ditemui

Petugas Kesihatan memakaikan gelang kepada pesakit COVID-19 selepas melakukan penilaian kesihatan terhadap mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Stadium Malawati Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 24 MEI 2021

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti dalam tempoh 24 jam lalu.

Kluster-kluster tersebut membabitkan tempat kerja, komuniti, keagamaan, institusi pendidikan, kumpulan berisiko tinggi dan import, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, empat daripada kluster terbabit ditemui di Selangor, masing-masing tiga  di Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah; satu  i Kelantan, Pahang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan serta Labuan.

“Dengan pertambahan kluster tersebut jumlah keseluruhan kluster yang ditemui setakat ini adalah sebanyak 2,045,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Noor Hisham turut memberitahu, sebanyak 570 kluster masih lagi aktif dan 1,475 telahpun ditamatkan. – MalaysiGazette

 

+ posts