KUALA LUMPUR – Kelab Liga Super, PJ City dilaporkan berminat mendapatkan khidmat bekas penyerang skuad kebangsaan, Hazwan Bakri sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim 2021 ditutup.
Ketua jurulatih PJ City, P. Maniam meletakkan beberapa pemain seperti Mahali Jasuli bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Darren namun tidak memberikan impak yang besar kepada pasukan.
Sementara itu, Hazwan banyak beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam saingan Liga Perdana ekoran kecemerlangan Bergson Da Silva dalam skuad utama sekaligus tidak memberikan tempat kepadanya.
Sekiranya Hazwan menyertai PJ City, dia bakal menjadi pilihan bagi diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengetuai barisan serangan.
Selain itu, Hazwan dapat kembali mengasah ketajaman sebelum ini dengan beraksi dalam saingan peringkat tertinggi. – MalaysiaGazette