Home Sukan Bintang PSG cetus spekulasi

Bintang PSG cetus spekulasi

Serge Aurier. Foto Eurosport

PARIS – Bek kanan kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mencetuskan spekulasi apabila dilaporkan akan berhijrah ke Manchester United.

Namun Serge Aurier perlu menunggu keputusan sama ada dia boleh memasuki Britain untuk memeterai perjanjian tersebut walaupun pada dasarnya dirinya telah bersetuju.

Sebelum ini, pemain kelahiran Ivory Coast itu dibicarakan atas kesalahan melakukan serangan ke atas seorang anggota polis.

September lalu, Aurier didapati bersalah atas kes tersebut dan dilarang memasuki Britain.

Sejak itu, Aurier mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan dan perbicaraan lanjut dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos.

Keputusan perbicaraan itu akan menjadi penentu sama ada dia boleh berhijrah ke Old Trafford atau tidak.

Aurier mencipta 19 peluang dalam tempoh lima musim di Ligue 1, rekod cemerlang bagi seorang pertahanan di liga Perancis. – MalaysiaGazette

+ posts