Home Seni Hidup Rama meninggal dunia di HKL

Rama meninggal dunia di HKL

Ramasundram Sengah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon siri sitkom Spanar Jaya, Ramasundram Sengah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Berita mengenai kematian Ramasundram atau lebih dikenali dengan panggilan Rama itu dimaklumkan menerusi Facebook FINAS Malaysia sebentar tadi.

“FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga pelakon, pengarah dan penggiat seni yang dihormati, Ramasundram Sengah atau lebih dikenali sebagai Rama yang telah meninggal dunia pada hari Rabu, 26 Mei 2021 di Hospital Kuala Lumpur.

“Sesungguhnya, jasa dan komitmen mendiang sebagai anak seni dalam pelbagai karya dari tahun 90an dan penglibatan serta sumbangan dalam program-program kemasyarakatan akan terus terpahat dalam kenangan,” kata FINAS menerusi hantaran di laman sosial berkenaan.

Rama sebelum ini pernah menjadi pelakon dalam Sitkom Spanar Jaya bersama artis Ahmad Idham, Dougles Lim, Wardina, Allahyarham Zaibo, Opie Zami dan Radhi Khalid.

Rancangan tersebut yang berdurasi 30 minit disiarkan menerusi sebuah stesen televisyen swasta dan mendapat sambutan penonton sejak lebih 20 tahun lalu. – MalaysiaGazette