Home Nasional Ingkar SOP: Siti Nurhaliza, Datuk K kena kompaun RM20,000

Ingkar SOP: Siti Nurhaliza, Datuk K kena kompaun RM20,000

Siti Nurhaliza, suaminya Datuk Khalid serta Menteri Agama Dzulkifli Al-Bakri dikenakan kompuan kerana gagal memastikan penjarakan fizikal di majlis Tahnik anak kedua selebriti wanita itu awal Mei ini.

SHAH ALAM – Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah dikeluarkan kompaun berjumlah RM20,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menganjurkan majlis tahnik anak keduanya pada awal Mei ini.

Pasangan suami isteri itu masing-masing dikenakan denda sebanyak RM10,000 ke atas kesalahan tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kertas siasatan telah selesai dan ia telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya.

“Kami akhirnya menerima arahan DPP (Timbalan Pendakwaraya) yang mana Siti Nurhaliza dan suaminya Khalid dikompuan RM10,000 setiap seorang kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal di majlis tahnik anak keduanya itu,” katanya pada sidang media secara maya pada hari ini.

Artikel berkaitan: Polis akan panggil penganjur majlis tahnik anak selebriti terkemuka negara

Majlis tahnik anak Siti Nurhaliza, polis rakam keterangan 8 individu

Majlis tahnik Siti, 10 individu sudah dirakam keterangan

Pada 3 Mei lalu, polis Ampang menyiasat majlis tahnik dianjurkan Siti Nurhaliza yang dikatakan tidak mematuhi SOP.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu.

Malah para tetamu yang hadir ke majlis berkenaan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata,  pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi juga dikenakan kompaun RM2,000 kerana ingkar SOP PKP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – MalaysiaGazette