Home Nasional Lebih 2.6 juta dos vaksin Covid-19 sudah diagih – Adham

Lebih 2.6 juta dos vaksin Covid-19 sudah diagih – Adham

Minister of Health Datuk Seri Dr Adham Baba Covid-19 Education Cluster
Datuk Seri Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR – Lebih 2.6 juta dos vaksin Covid-19 sudah diagihkan di seluruh negara setakat setakat semalam.

Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu lebih 64 peratus penerima sudah  mendapat perlindungan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Sebanyak 2,605,036 dos diagihkan setakat semalam, dengan 1,667,280 individu sudah menerima dos pertama.

“Jumlah penerima dos pertama itu bersamaan hampir tujuh peratus daripada kira-kira 24.3 juta populasi berusia 18 tahun ke atas di negara ini, yang disasarkan untuk menerima vaksin Covid-19 bagi membentuk imuniti kelompok,” demikian menurut data yang dikongsikan di Twitter.

Selain itu, Adham berkata, hampir sejuta individu, iaitu 937,756 orang sudah mendapat perlindungan lengkap dengan menerima dua dos vaksin, setakat semalam.

Berdasarkan data itu juga, Kuala Lumpur kini mendahului pemberian dos pertama vaksin dengan 264,882 dos, disusuli beberapa negeri lain antaranya Selangor (222,802), Sarawak (174,562), Johor (145,915), Perak (142,116) dan Sabah (120,841).

Selangor pula mendahului pemberian dos kedua dengan 126,615 dos, disusuli beberapa negeri, antaranya Sarawak (92,390), Kuala Lumpur (90,552), Johor (83,751), Perak (79,241) dan Sabah (75,676).

Dalam pada itu, Dr Adham memaklumkan, sebanyak 11,314,494 individu sudah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera setakat semalam, iaitu peningkatan lebih dua peratus berbanding kelmarin.

Ujarnya, jumlah pendaftaran itu bersamaan 46.6 peratus daripada kira-kira 24.3 juta populasi berusia 18 tahun ke atas di negara ini, yang disasarkan untuk menerima vaksin Covid-19 bagi membentuk imuniti kelompok.

Selangor mencatat pendaftaran tertinggi dengan lebih tiga juga individu, disusuli beberapa negeri lain seperti Johor (1.38 juta), Sarawak (1.19 juta), Kuala Lumpur (945,153), Perak (799,157) dan Pulau Pinang (748,530). – MalaysiaGazette