Kuala Lumpur- 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) masih belum melunaskan pembayaran abritrasi kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC) sebanyak AS$602.75 juta (RM2.58 bilion) sehingga saat akhir jam 12 tengahari tadi, demikian menurut sumber kepada MalaysiaGazette
Pembayaran tersebut sepatutnya berakhir pada jam 12 tengah malam pada 31 Julai mengikut waktu New York.
Bagaimanapun, tiada alasan sebenar dinyatakan oleh kerajaan Malaysia yang memiliki 1MDB berhubung kelewatan pembayaran tersebut dan dalam masa yang sama, tidak tahu sama ada terdapat sebarang klausa yang membenarkan lanjutan tempoh pembayaran.
Setakat berita ini ditulis, IPIC yang disenaraikan di Bursa Saham London masih belum membuat kenyataan kepada bursa.
Bayaran sebanyak AS$602.75 juta ini merupakan bayaran pertama kepada IPIC dan baki sebanyak AS$602.75 juta lagi dijadualkan berakhir hujung tahun ini.- MalaysiaGazette