Home Seni Hidup Program WonderSlim jadi pilihan termasuk selebriti

Program WonderSlim jadi pilihan termasuk selebriti

Program WonderSlim menggunakan mesin canggih berteknologi tinggi dari Amerika Syarikat yang dikenali Venus Legacy.

KUALA LUMPUR – Sejak negara dilanda penularan  Covid-19 semakin banyak acara dan aktiviti sukan terpaksa dihadkan.

Malah ada yang dibatalkan seperti acara larian dan maraton yang sebelum ini menjadi budaya masyarakat yang mementingkan kesihatan.

Bagi mereka yang gemar ke gimnasium, pusat kesihatan turut ditutup selain ada yang bimbangan penularan virus di dalam tempat tertutup.

Akhirnya ramai yang mengambil keputusan di duduk rumah, makan sambal menonton televisyen hingga menyebabkan berat badan bertambah.

Namun bagi mereka yang ingin kembali mendapat tubuh badan yang langsing tanpa perlu bersukan, anda mungkin boleh mencuba rawatan yang semakin popular ini.

Dikenali Program WonderSlim, rawatan yang disediakan menggunakan mesin Venus Legacy dan Exilis Elite di Klinik Idealyst di Jalan Tun Razak dan Damansara Perdana kini menjadi pilihan individu yang mahu kekal langsing dan kurus secara privasi tanpa gangguan.

Bagi pengasas dan pemilik klinik tersebut, Dr Aidil Azry Datuk Mokhtar, program itu  bermula sejak tahun 2016 dan semakin mendapat tempat di hati pelanggan yang turut melibatkan selebriti tempatan seperti Datuk Hattan, Datuk AC Mizal , Awal Ashaari dan Mas Idayu.

Jelas beliau, kelebihan rawatan itu kerana ia mampu mencairkan lemak tepu yang sukar untuk dihilangkan walaupun setelah berdiet dan bersukan terutamanya di kawasan pipi, bawah dagu, lengan, peha dan keliling perut.

“Mesin yang digunakan adalah alat perubatan non-invasif yang sangat maju dan  berkesan bagi menyelesaikan keperluan estetika wajah dan badan yang mencabar seperti pengurangan lilitan pembedahan, pengurangan selulit, pengetatan kulit dan pengurangan kedutan.

“Keunikan mesin ini apabila diguna tanpa rasa sakit malah rasa selesa selain selamat untuk semua jenis kulit.

“Ia dikuasakan oleh teknologi proprietari yang menggabungkan frekuensi radio multi-kutub dan medan magnetik elektronik berdenyut serta mempunyai teknologi canggih VariPulse,” katanya.

Dr Aidil yang berusia 43 tahun memiliki pengalaman mengusahakan klinik estetik sejak 13 tahun lalu selepas berkhidmat di hospital kerajaan sejak tahun 2002.

Graduan perubatan di Kolej Universiti Dublin Ireland itu kini memiliki dua cawangan iaitu di KL Trillion, Jalan Tun Razak dan Damansara Perdana yang dikendalikan isterinya.

Dr Aidil menambah, pihaknya mengakui berdepan cabaran utama seperti lambakan produk suplemen langsing di pasaran selain ekonomi semasa yang tidak stabil akibat pandemik Covid-19.

Namun beliau tidak risau kerana Program Wonderslim telah membuktikan ramai kejayaan testimonial kerana menawarkan hasil yang tidak mampu dicapai oleh produk-produk supplemen sedia ada.

“Sasaran pengguna ketika ini adalah mereka yang ingin kurus dengan cara selamat danefektif tanpa bedah dan kesan sampingan.

“Jadi program ini bertepatan dengan konsep Wonderslim yang menggunakan mesin canggih berteknologi tinggi dari Amerika Syarikat yang dilengkapi sijil USFDA yang dijamin selamat digunakan untuk orang ramai,” katanya.

Dr Aidil turut berkongsi perancangan Klinik Idealyst untuk menambah beberapa lagi mesin-mesin berteknologi tinggi termasuk yang mampu membentuk enam pek abdomen selain punggung dalam masa ini.

Sementara itu, Klinik Idelyst ketika ini turut menawarkan rawatan popular lain seperti rawatan rambut gugur, rawatan muka dan antipenuaan, program langsing menggunakan mesin RF Gred A, rawatan bawah mata selain terbaharu rawatan merangsang hormon lelaki.- MalaysiaGazette