Home Nasional Tajuddin hadir pejabat UMNO seperti biasa pagi ini

Tajuddin hadir pejabat UMNO seperti biasa pagi ini

Rozairi Abdul Rahman, the media officer of Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman said that the Pasir Salak MP was in his office at Menara Dato Onn, as usual to carry out his duties for UMNO this morning. MACC arrest
Rozairi Abdul Rahman, the media officer of Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman said that the Pasir Salak MP was in his office at Menara Dato Onn, as usual to carry out his duties for UMNO this morning.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya bagi membantu siasatan.

Pegawai Medianya, Rozairi Abdul Rahman yang mengesahkan perkara itu berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak berada di pejabatnya di Menara Dato Onn, di sini, seperti biasa bagi melakukan kerja-kerja parti pada pagi ini.

“Datuk Seri Tajuddin tidak ditahan pun, beliau sejak jam 9 hingga 11.30 pagi ini berada di pejabatnya di Menara Dato Onn untuk melakukan kerja-kerja parti termasuk mengadakan mesyuarat.

“Ada laporan media kononnya Datuk Seri Tajuddin ditahan, itu tidak benar sama sekali sedangkan saya mengiringi beliau ke ibu pejabat UMNO pagi ini” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Bekas Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengimbas kod QR MySejahtera di Menara Dato Onn sebelum ke pejabatnya, hari ini.

Beberapa media melaporkan Pengarah Pilihan Raya UMNO itu ditahan SPRM selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa di ibu pejabat agensi itu, semalam, namun dibebaskan dengan jaminan mulut.

Siasatan suruhanjaya itu dipercayai berkaitan dengan campur tangan Tajuddin dalam urusan operasi Prasarana.

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika berada di pejabat di Menara Dato Onn pagi ini

Pada Rabu lalu, Prasarana menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai pengerusi bukan eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, penamatan perkhidmatan itu sudah dipersetujui oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – MalaysiaGazette