Home Utama Kemalangan LRT: MOT tidak boleh elak disaman – Ka Siong

Kemalangan LRT: MOT tidak boleh elak disaman – Ka Siong

Minister of Transport, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong speaking to a passenger during his visit to the Crisis Centre at the KLCC Light Rail Transit (LRT) Station in Kuala Lumpur. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 28 MAY 2021 LRT Kelana Jaya crash
Minister of Transport, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong speaking to a passenger during his visit to the Crisis Centre at the KLCC Light Rail Transit (LRT) Station in Kuala Lumpur. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 28 MAY 2021

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) tidak boleh mengelakkan daripada disaman oleh mangsa-mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung pada 24 Mei lalu.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun tuntutan itu mestilah mengikut lunas undang-undang di negara ini dan pihaknya sedia berdepan dengan sebarang tuntutan itu.

“Saya rasa Malaysia adalah sebuah negara yang demokratik dan sedar apa juga tindakan yang mengikut lunas undang-undang, maka kita tidak boleh elak.

“Kita akan ke depan, saya serahkan kepada pihak Prasarana, ini adalah perkara biasa, setiap orang ada haknya.

“Begitu juga dalam kes ini, sesiapa yang telah bercadang untuk mengambil apa juga tindakan kita akan ke depan dan saya rasa kita akan ikut lunas undang-undang,” katanya pada sidang media di Stesen LRT KLCC Avenu K, hari ini.

Sebelum ini, seramai 47 penumpang parah manakala 176 cedera ringan apabila dua tren LRT bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC, Isnin lalu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kejadian ini membabitkan tren dari Gombak dipandu secara automatik membawa 213 orang penumpang dengan sebuah lagi tren dari Kampung Baru iaitu tren kosong yang mempunyai pemandu.

Mengulas mengenai mangsa, Wee Ka Siong berkata, ketika ini hanya lima penumpang sahaja yang cedera parah masih dirawat di hospital, manakala seorang telah dibenarkan keluar wad,

“Setakat ini cuma enam mangsa dan seorang di hospital swasta ataupun pusat perubatan swasta.

“Seorang telah dibenarkan keluar wad dan empat lagi masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya lagi. – MalaysiaGazette