Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) tidak boleh mengelakkan daripada dikenakan tindakan saman yang bakal diambil oleh mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung pada 24 Mei lalu.
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun tuntutan itu mestilah mengikut lunas undang-undang di negara ini dan pihaknya sedia berdepan dengan sebarang tuntutan itu.