Home Politik Terima kasih dengar suara hati rakyat, segerakan bantuan – Asyraf

Terima kasih dengar suara hati rakyat, segerakan bantuan – Asyraf

Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat yang mahukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya.

”Akhirnya Kerajaan keluarkan kenyataan rasmi untuk melaksanakan TOTAL LOCKDOWN @ PKP PENUH.

”Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat!,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dasuki

Beliau turut melahirkan harapan agar Kementerian Kewangan segera umumkan Pakej Bantuan Khas untuk rakyat yang terjejas sepanjang penutupun ini.

Selain itu membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan arahan khas menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi bank dan kewangan memberikan Moratorium 2.0 selama tiga hingga enam bulan tanpa caj tambahan.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.