Home Nasional Sewa percuma untuk peniaga Pasar Harian Selayang hingga akhir tahun

Sewa percuma untuk peniaga Pasar Harian Selayang hingga akhir tahun

Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Peniaga di Pasar Harian Selayang, di sini akan diberi kemudahan sewa percuma sehingga akhir tahun ini bagi meringankan beban mereka, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, kelonggaran itu melibatkan peniaga yang akan mula beroperasi di bangunan baharu pasar berkenaan mulai Selasa ini.

“Saya ada menerima permohonan untuk turunkan sikit kadar sewa yang dikenakan. Kita putuskan untuk beri percuma, tak perlu bayar sewa hingga akhir tahun. Semoga itu membantu..Allah memberkati,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Pasar Harian Selayang akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu pada hari Selasa ini, manakala operasi pasar sementara di kawasan itu akan ditamatkan pada Isnin.

Sementara itu Annuar berkata, inisiatif Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah yang diumumkan sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada akan diteruskan walaupun dalam tempoh sekatan pergerakan penuh yang mula dilaksanakan Selasa ini. – Bernama