Home Dunia Kes Covid-19 di Afrika melepasi 4.8 juta

Kes Covid-19 di Afrika melepasi 4.8 juta

Seorang penduduk Afrika sedang melakukan saringan Covid-19. foto Agensi

ADDIS ABABA – Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di Afrika mencecah 4,802.687, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC).

CDC, agensi kesihatan khusus dari 55 anggota Kesatuan Afrika berkata, jumlah kematian akibat wabak itu berjumlah 129,753 orang, sementara 4,343,800 pesakit di seluruh benua telah pulih daripada penyakit ini.

Afrika Selatan, Maghribi, Tunisia, Ethiopia dan Mesir adalah negara dengan kes paling banyak di benua itu, menurut CDC Afrika.

Afrika Selatan mencatatkan kes Covid-19 tertinggi di Afrika kepada 1,649,977, sementara dua negara Afrika utara – Maghribi dan Tunisia – melaporkan 518,122 dan 340,250 kes pada hari Jumaat.

Daripada segi jumlah kes, Afrika Selatan adalah wilayah yang paling terjejas, diikuti oleh bahagian utara dan timur benua, sementara Afrika tengah adalah wilayah yang paling sedikit terjejas di benua itu, menurut Afrika CDC. – MalaysiaGazette