KUALA LUMPUR – Jika semalam kes positif Covid-19 mencatatkan sebanyak 9,020 kes, jumlah itu menurun lebih 2,000 hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 6,999 kes direkodkan hari ini dengan 2,477 daripadanya direkodkan di Selangor.
Pecahan setiap negeri ialah Selangor sebanyak 2,477 kes, Sabah (190); Kuala Lumpur (616); Johor (433); Sarawak (513); Pulau Pinang (248) dan Kelantan (612).
Negeri Sembilan pula mencatatkan sebanyak 468 kes; Perak (212); Kedah (422); Melaka (202); Pahang (239); Terengganu (214); Labuan (133); Putrajaya (13) dan Perlis (7).
Semalam, Selangor menjadikan negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 2,836 kes diikuti Kelantan (907 kes), Negeri Sembilan (898 kes) dan Kuala Lumpur (789 kes).
Selain kes tertinggi direkodkan semalam, kes kematian juga didapat tertinggi dengan 98 mangsa terkorban ekoran positif Covid-19.- MalaysiaGazette
BERITA LANJUT MENYUSUL..