KUALA LUMPUR – Media sosial video kecoh hari ini apabila seorang usahawan kosmetik wanita kontroversi tanpa berselindung mengaku dirinya tidak suka solat dan sudah lupa bagaimana cara-cara mengambil wuduk.
Menerusi klip video 27 saat itu yang merupakan rakaman secara pengstriman langsung di Facebook (FB Live), wanita itu bercakap dalam loghat Kelantan.
“Orang nak buat apa suka hati orang la (orang panggilan untuk diri sendiri). Bacaan Yasin tak perlu tunggu malam Nisfu Syaaban. Mu datang duduk rumah aku lagu mana (macam mana). Aku nyembah (solat) ke tak? Kalau nak tahu aku nyembah ke tak datang rumah aku.
“Aku memang tak suka sembahyang. Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun aku tak reti. ‘Macam mana Aiman ambil air sembahyang? (tanya pada orang sebelah),” kata wanita itu namun tidak dapat dipastikan bila dan di mana lokasi video tersebut dibuat.
Bagaimanapun, tindakan usahawan yang berani membuat pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan netizen khususnya masyarakat Islam.
Sementara itu, polis juga menerima laporan berhubung seorang wanita dipercayai pengasas produk kosmetik yang didakwa mempersendakan agama Islam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, laporan diterima ibu pejabat polis daerah ini pukul 10.25 pagi tadi.
“Pengadu mendakwa melihat satu rakaman video dikongsi dalam WhatsApp malam tadi memaparkan wanita Melayu lingkungan 30-an menyatakan dia tidak suka sembahyang dan semua orang tidak solat pada 2021.
“Tindakan itu boleh dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama serta boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada wakil media.
Abdul Rahim berkata, semakan awal sudah dibuat terhadap video itu dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (KK) dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, beberapa klip video mengenai wanita itu tular di media sosial sejak malam tadi yang turut didakwa mempersenda mengenai solat dan bacaan Yasin. – MalaysiaGazette
Masaalah jiwa dia ni, jiwa kosong, didikan agama zero. kow taknak sembahyang ke, tak tahu apa itu air wudhuk ke, tak tahu apa itu surah yasin ke itu masaalah kow dengan tuhan, dalam kubur nanti jawab apa soalan pertama ialah sembahyang. jgn war2 kan aib sendiri dlm media sosial, walaupun kow yg bercakap tapi sensitiviti umat islam kena jaga. Aku doakan mudah mudahan kow dpt hidayah dan pengampunan Allah swt. Wassalam
Bangga sangat dgn buka aib sendiri..umat akhir zaman!!
Hang pi la tashkil dia.