KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih membenarkan kilang-kilang dibuka semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula esok.
Misalnya sektor elektrikal dan elektronik yang merupakan antara sektor terbesar negara dengan 600,000 pekerja secara langsung dibenarkan beroperasi.
Bekas perdana menteri itu berkata, jika sektor ini dibenarkan beroperasi maka banyak lagi kilang-kilang pembekal secara langsung dan tidak langsung serta sektor berkaitan seperti pengangkutan dan pelabuhan juga perlu dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.
Sektor-sektor yang dibenarkan ini dijadikan sektor perkhidmatan perlu dengan alasan untuk menjaga kepentingan rantaian ekonomi global.
Soalnya, apakah Covid-19 yang amat kritikal sekarang berlaku dalam tempoh tersingkat
Najib berkata, kalau begitu siapa pula yang akan menegakkan keadilan bagi jutaan rakyat biasa serta peniaga kecil yang perlu berkorban dalam tempoh PKP penuh ini manakala kilang-kilang besar yang dimilik syarikat asing dan syarikat besar yang kaya terus menjana keuntungan tanpa sebarang gangguan.
”14 hari sahaja. Itupun tak berani larang?,” katanya yang berpendapat sepatutnya semua pihak bersama-sama berkorban.
Tegasnya, bukan ramai yang berkorban sehingga terkorban manakala ada pula yang langsung tidak terkesan.
Malah, Najib tak percaya syarikat MNC dan syarikat besar yang kaya ini akan bankrap, membuang pekerja atau akan pindah kilang ke negara lain jika tidak dibenar beroperasi untuk 14 hari sahaja.
Bagi sektor-sektor yang lain pula, kerajaan perlu pantau jika produk yang dikeluarkan mereka benar-benar kekurangan stok dalam pasaran.
”Jika stok sedia ada adalah cukup untuk memenuhi keperluan bagi tempoh 14 hari maka kilang itu sepatutnya ditutup.
”PKP sudah dua kali separuh masak. Janganlah TOTAL Lockdown juga menjadi Tiga Suku Lockdown,” katanya. – MalaysiaGazette
betul kata dsnr..žlockdown..
UMNO + PKR + PH + Pokok petai yg dah tumbang. Gabungan pembangkang alaf baru.