Home Sukan Rojo rehat 3 minggu

Rojo rehat 3 minggu

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United yang berada dalam prestasi terbaik sekarang, Marcos Rojo dilaporkan bakal terlepas perlawanan selama tiga hingga empat minggu.

Rojo, 26, mengalami kecederaan hamstring  perlawanan Piala FA menentang Reading, semalam yang berkesudahan United menang 4-0 di tempat sendiri.

Ini menyaksikan pemain antarabangsa Argentina itu bakal terlepas perlawanan penting menentang Hull City pada perlawanan separuh akhir Piala EFL dan Liverpool dalam saingan saingan Sabtu depan.

Sementara itu, gol United pada perlawanan malam tadi dijaringkan oleh Wayne Rooney, Anthony Martial dan dua gol menerusi penyerang muda, Marcus Rashford. – MalaysiaGazette