Home Ekonomi MITI selaras pusat sehenti keluar surat kebenaran operasi sektor ekonomi

MITI selaras pusat sehenti keluar surat kebenaran operasi sektor ekonomi

Jumlah perdagangan Malaysia pada April 2018 meningkat 11.7 peratus tahun ke tahun kepada RM155.42 bilion berbanding penurunan sebanyak 3.5 peratus pada Mac, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri hari ini memutuskan sebuah pusat sehenti yang diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diwujudkan untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi sektor-sektor ekonomi perlu setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.

Sehubungan itu, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI dan melibatkan semua kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi.

Arahan ini susulan semua surat kebenaran beroperasi bagi sektor yang dibenarkan oleh kerajaan yang dikeluarkan oleh MITI sebelum ini adalah terbatal mulai esok, 1 Jun 2021. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Haaa baru satu hari Mail Sabri kata surat MITI tak blh guna, hari ni Jimin tunjuk kuasa…letak jawatan lah Pak Mail…ko kena bodoh2 kan jer oleh si Jimin & Mudin Perutusan…

Comments are closed.