Home Nasional PKRC Gambang sedia 1,380 katil – Sallehuddin

PKRC Gambang sedia 1,380 katil – Sallehuddin

Pemantauan PKRC UMP Gambang bersama Datuk Seri Dr Sallehhuddin Ishak

KUANTAN – Pembukaan enam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang mampu menempatkan 1,380 katil pesakit lelaki tempatan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, kini pihaknya dalam perancangan menyediakan aktiviti riadah kepada penghuni di pusat itu.

“Pasukan Petugas Covid-19 Pahang mencadangkan untuk membuat aktiviti sukan seperti futsal antara penghuni di PKRC bagi memenuhi masa lapangselain daripada aktiviti bermanfaat lain seperti aktiviti fizikal dan kerohanian.

Ruang riada bakal dimanfaatkan oleh pesakit yang dikurantin

“Selain itu peralatan senaman seperti kelengkapan di gimnasium juga akan dibekalkan kepada pesakit di sini sebagai salah satu aktiviti riadah.

“Mungkin pada hujung minggu boleh dilakuakan kelas senaman dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di dalam kawasan ini sahaja terdiri daripada kalangan mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

PKRC Gambang menempatkan 1380 katil

ARTIKEL BERKAITAN :

Peratusan penerima vaksin di Pahang masih rendah – MB

Sultan Kelantan dukacita peratusan daftar vaksin rendah

Pendaftaran vaksin semakin meningkat – Sallehuddin

Dalam pada itu, pihak pengurusan PKRC UMP Gambang yang beroperasi hari ini sedang menyelaraskan pelaksanaan ‘Interegated Bed Management System’ bagi mengoptimumkan produktiviti.

“Ia juga sejajar ke arah sifar penggunaan kertas dan mencepatkan proses pengurusan katil pesakit di di pusat kurantin dengan aplikasi sistem dalaman yang memerlukan 12 komputer.

Intergrated Bed Management System dan pemantauan daripada bilik pengurusan

“Melalui sistem ini, ia dapat mempercepat dan mengakses simpanan data pesakit di samping  memudahkan permantauan serta pergerakan, dan pihak pengurusan dapat  beroperasi dengan efisen.

Lokasi PKRC di Pahang ialah di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) di Kuantan, Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT) di Bentong dan Kompleks Sukan Pahang (SUKPA).

Sistem pengawasan keselamatan di kawasan PKRC Gambang

Manakala dua lagi di Asrama Jururawat Hospital Jengka dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).

Bagaimanapun kerajaan negeri berhasrat menutup PKRC lain secara berperingkat dan mengekal lagi PKRC untuk wanita tempatran di KUIPSAS serta SUKPA bagi menempatkan pesakit bukan warganegara. – MalaysiaGazette