LONDON – Harga minyak naik disokong oleh keputusan OPEC untuk untuk meningkatkan pengeluaran berperingkat-peringkat di pasaran dan perkembangan perlahan rundingan nuklear antara Amerika Syarikat dan Iran.
Brent naik AS$0.84 atau 1.2% kepada AS$71.09 setong pada 1011 GMT.
Manakala minyak mentah West Texas Intermediate pula naik AS$0.69 atau 1% kepada AS$68/41 setong.
“Permintaan kukuh dan kemungkinan kelewatan dalam rundingan perjanjian nuklear Iran mendorong harga minyak melebihi paras AS$70 setong,” kata Norbert Rucker, penganalisis bank Swiss, Julius Baer.
Malah beliau menjangkakan harga minyak akan bergerak melebihi AS$70 setong menjelang pertengahan tahun.
Mengharapkan pemulihan permintaan, Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya dikenal sebagai OPEC +, pada hari Selasa setuju mengikuti rancangan asalnya mereka untuk melonggarkan bekalan secara beransur-ansur mulai Julai ini. – MalaysiaGazette