MGNews: Kakitangan UIAM Didakwa Sekali Lagi Terima Rasuah RM32,000

Belum sampai seminggu selepas didakwa kes rasuah di Mahkamah Shah Alam, seorang kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak sekali lagi berdepan dengan tuduhan yang sama di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh merupakan Penolong Pengarah (N41) Bahagian Komunikasi Korporat di UIAM berdepan dengan empat pertuduhan sama berjumlah RM32,000 berhubung bayaran beberapa baucer bayaran pada tujuh tahun lalu.