KUALA LUMPUR – Nampaknya pakatan pembangkang masih belum putus asa soal 1MDB.
Pagi tadi, sekumpulan 40 pimpinan Pakatan Harapan (PH) berarak dari bangunan Parlimen ke Bank Negara Malaysia (BNM) mahu bank pusat membuka semula siasatan kes 1MDB.
Mereka juga menghantar memorandum kepada Gabenor BNM, Datuk Seri Muhammad Ibrahim.
Isi kandungan memorandum tersebut antaranya menyebut; BNM perlu menyiasat perkara-perkara ini secara proaktif dan telus, dan kami bersedia memberikan sebarang kerjasama berkait isu ini sekiranya perlu, demi rakyat Malaysia dan integriti sistem kewangan negara”.
Perarakan itu diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan disertai hampir semua pimpinan tertinggi Pakatan Harapan.
Mereka mula berjalan dari pintu masuk Parlimen kira-kita jam 9 pagi dan tiba di bangunan BNM pukul jam 9.35 pagi.
Mereka turut membawa kain rentang PH dan poster yang dipotong menyerupai bentuk berlian. – MalaysiaGazette