Home Politik Tutup pintu: DAP Perak persenda Ismail Sabri

Tutup pintu: DAP Perak persenda Ismail Sabri

Ciapan Twitter DAP Perak yang mempersendakan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan kini.
Ciapan Twitter DAP Perak yang mempersendakan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan kini.

KUALA LUMPUR – Gambar Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang bertindak menutup pintu pejabatnya semalam, dipersendakan di media sosial DAP.

DAP Perak telah  mengedit gambar Ismail dengan memaparkan beliau sedang menutup pagar dalam kawasan yang luas.

“What MCO? (Apa PKP?),” soal media sosial parti itu hari ini.

Semalam, Ismail Sabri muatnaik gambar beliau menutup rapat pintu pejabatnya di Kementerian Pertahanan.

Ismail menulis ‘Saya dah tutup pintu depan tapi…..’ di Facebook rasmi beliau.

Kenyataan itu menimbulkan pelbagai persoalan dan ada yang mengaitkan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang penuh di negara ini sejak 1 Jun hingga 14 Jun.

Ini kerana, pelaksanaan PKP tersebut didakwa tidak dilakukan dengan serius kerana banyak syarikat diberi kelulusan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi.

Kelulusan itu menimbulkan rasa kecewa rakyat kerana Malaysia sudah melaksnaakan pelbagai PKP dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Namun, angka jangkitan kes, kematian dan pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi terus melonjak.

Awal hari ini, Ahli Parlimen Bera itu berkata, gambar tersebut menjelaskan situasi sebenar dan tidak membawa apa-apa maksud.

“Saya nak pulang sudah habis kerja, sebab itu tutup pintu,” katanya ringkas dalam sidang akhbar secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.