Home Politik Ahli Parlimen BN, PN perlu jelas pendirian jika masih sokong kerajaan –...

Ahli Parlimen BN, PN perlu jelas pendirian jika masih sokong kerajaan – Mukhriz

Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendesak agar semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan Barisan Nasional (BN) untuk menyatakan jelas sama ada masih menyokong kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Pejuang itu berkata, memandangkan Parlimen sudah tidak berfungsi, jadi tiada bukti kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri mempunyai keabsahan untuk terus memerintah negara.

“Tanpa Parlimen kita tidak boleh membuat undian dan yang tinggal hanya pengumuman secara umum oleh Ahli Parlimen PN dan BN.

“Kalau ini pun tidak dapat dilakukan, kita sangat sangsi dengan keabsahan yang memberikan hak kepada Muhyiddin dan PN untuk memerintah negara,” katanya yang menyertai katanya dalam sidang media menerusi aplikasi Zoom selepas mengadakan mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat Penaja Pejuang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Masih lagi nk berpolitik, kes makin meningkat bro. Lupakan dulu siapa yg ada kercayaan, bersama lah untuk menangani pandemik covid19, cadangkan kepada semua ahli parlimen untuk adakan sidang parlimen secara maya

Comments are closed.