KUANTAN – Pengguna jalan raya diingatkan tidak sewenang-wenangnya menggunakan lorong kecemasan di sekatan jalan raya (SJR) hanya untuk mendapatkan laluan pantas.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tindakan menggunakan lorong kecemasan dengan alasan mengejar masa dilihat mementingkan diri sendiri kerana memotong laluan.
Pengguna jalan raya juga perlu peka aspek keselamatan melibatkan nyawa sendiri dan pihak lain, katanya.
“Pematuhan mesti terus dibuat, lorong kecemasan hanya diguna untuk kecemasan bukan suka-suka dan tindakan tegas akan diambil jika ada yang ingkar,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Menurut Mohamad Noor, laluan kecemasan dan perkhidmatan penting tersebut hanya untuk petugas barisan hadapan yang memerlukan kehadiran segera ke lokasi penugasan.
“Sangat tidak bijak jika kita sewenang-wenangnya menggunakan laluan tersebut sedangkan kenderaan orang awam lain beratur mengikut giliran untuk pemeriksaan.
“Pemeriksaan ketat dilakukan dan pengguna jalan raya tak boleh lari pematuhan peraturan lalu lintas terutamanya bagi yang tidak mempunya lesen memandu, jangan ingat pemeriksaan dibuat sambil lewa dengan tidak menyemak lesen memandu di SJR,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN :
Polis bongkar ‘markas’ sindiket pelaburan kripto kaut untung lebih RM1 juta
Tindakan tegas jika ada pihak buat perisytiharan palsu MITI – Polis
Dalam pada itu, Mohamad Noor juga mengingatkan supaya perkhidmatan penghantar makanan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan memangangkan kerajaan sudah banyak memberi kelonggaran kepada mereka untuk terus beroperasi pada musim pandemik.
Menurut beliau, semua penunggang motosikan yang terlibat dalam insdustri tersebut perlu mengutamakan langkah keselamata semasa berada di atas jalan raya.
Ini berikutan ramai antara mereka menggunakan telefon bimbit secara merbahaya semasa berada di atas jalan raya.
“Pemeriksaan secara rambang kesalahan memegang telefon bimbit ketika sambil menunggang motosikal melihat arah dan mencari jalan ke destinasi.
“Jangan salah guna kebenaran perkhidamatan penting yang digunakan, kita akan ambil tindakan kepada mereka yang ingkar dan mengambil mudah aspek keselamatan diri sendiri dan melibatkan nyawa orang lain juga. – MalaysiaGazette
VIDEO BERKAITAN: