Home Nasional Salah guna surat MITI, kedai jual arak diarah tutup

Salah guna surat MITI, kedai jual arak diarah tutup

Polis telah mengambil tindakan terhadap sebuah premis menjual minuman keras di Brickfields di sini yang beroperasi ketika Perintah kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dikuatkuasakan.- Pix ihsan IPD Brickfields.

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil tindakan terhadap sebuah premis menjual minuman keras di Brickfields di sini yang beroperasi ketika Perintah kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dikuatkuasakan.

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Asisten Komisioner Annuar Omar berkata, pihaknya turut mengarahkan premis berkenaan ditutup serta merta.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut didapati ianya hanya menjual minuman keras semata-mata sahaja yang dianggap sebagai bukan barangan keperluan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Annuar berkata, pemilik premis berkenaan akur dengan tindakan dan arahan polis.

Tindakan itu susulan aduan yang diterima pihaknya daripada seorang pengadu lelaki yang mengatakan satu premis perniagaan menjual minuman keras telah mendapat surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diluluskan untuk peruncitan makanan dan minuman sepertimana yang telah tular di media sosial.

Justeru Annuar mengingatkan semua perniaga supaya tidak menyalah gunakan surat kelulusan daripada MITI dengan sewenang-wenangnya.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP, orang ramai diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ditalian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berdekatan.- MalaysiaGazette