Home Utama Covid-19: 7,452 kes positif baharu – KP Kesihatan

Covid-19: 7,452 kes positif baharu – KP Kesihatan

Reaksi penduduk ketika membuat saringan Covid-19 pada Program Saringan Komuniti Bersasar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perumahan Awam Sri Sabah 3A, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 05 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,452 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat 610,574 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes berkenaan, Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu iaitu 2,509 kes diikuti Negeri Sembilan (843), Kuala Lumpur (678), Sarawak (61), Johor (412), Pulau Pinang (370) dan Kelantan (312).

Ia disusuli Pahang (286), Sabah (259), Kedah (263), Perak (252), Melaka (206), Labuan (205), Terengganu (190), Putrajaya (12) dan Perlis (4).

“Negeri terendah yang mencatatkan pertambahan kes ialah Perlis dengan empat kes baharu,” kata Dr. Noor Hisham. – MalaysiaGazette

+ posts