PARIS – Jaguh tenis dunia Roger Federer menarik diri daripada kejohanan Tenis Terbuka Perancis kali ini atas faktor kesihatan.
Juara Grand Slam 20 kali itu mengambil keputusan itu walaupun berjaya melangkah ke pusingan keempat dalam temasya kali ini.
Federer kelihatan bergelut dalam pusingan ketiga sebelum mengambil masa sehingga lebih tiga jam untuk menewaskan lawannya.
Meskipun selesai menjalani pembedahan pada kedua-dua lututnya tahun lalu dan menjalani proses rawatan pemulihan sejak Januari lalu, kesihatan semasa masih menghalang Federer berentap 100 peratus atas gelanggang.
Malah beliau juga memilih untuk tidak memberi tekanan kuat kepada keadaan kesihatan fizikalnya yang masih dalam proses pemulihan.
“Selepas menjalani pembedahan tahun lalu disusuli proses pemulihan dan rehabilitasi, adalah penting kepada saya mendengar kepada badan saya dan tidak memberi tekanan terlampau untuk pulih segera,” kata pemain berusia 39 tahun itu.
Dia sepatutnya berdepan jaguh Itali, Matteo Berrettini dalam pusingan keempat hari ini.
“Selepas berbincang dengan pasukan saya,saya berkeputusan untuk tidak meneruskan saingan dalam termasya kali ini,” katanya dalam kenyataan.
Federer yang pernah menjuarai Terbuka Perancis pada tahun 2009 menjalani pembedahan di kedua-dua lututnya pada tahun 2020 dan hanya beraksi dalam tiga perlawanan dalam tempoh 16 bulan ini sebelum tiba ke Paris.
Federer menyasarkan gelaran Wimbledon yang akan membuka tirai 28 Jun ini.
Pada pusingan ketiga Sabtu lalu, aksi menentang Koepfer adalah aksi yang memakan masa yang lama untuk Federer sebelum menang 7-6(7-5)6-7(3-7)7-6(7-4) 7-5.-MalaysiaGazette