KUALA LUMPUR – Long Covid ataupun Post Covid Syndrome merupakan suatu keadaan yang mana bekas pesakit Covid-19 masih mempunyai simptom yang berpanjangan akibat jangkitan Covid-19.
Menurut rujukan antarabangsa, pesakit yang telah mendapat jangkitan virus itu berkemungkinan mempunyai beberapa simptom dalam tempoh 12 minggu atau lebih.
Ia termasuk sakit badan serta lesu, selain terdapat juga pesakit yang berasa lemah ingatan dan kurang daya tumpu.
Menurut Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), ada juga pesakit yang masih mengalami kesukaran bernafas serta tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum mendapat jangkitan Covid-19.
Oleh itu, orang ramai disaran supaya terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dengan memastikan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan. – MalaysiaGazette