Home Sukan Siapa pemain tengah Harimau Malaya pilihan TMJ?

Siapa pemain tengah Harimau Malaya pilihan TMJ?

Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memilih trio pemain Natxo Insa, Nazmi Faiz dan Liridon Krasniqi menjadi jentera tengah ‘idaman’ untuk merencana gerakan negara bagi berdepan cabaran Vietnam, Sabtu ini,

Namun Natxo tiada dalam skuad kebangsaan bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Tunku Ismail memilih pemain tengah Selangor FC, Brendan Gan sebagai penggantinya.

Beliau turut melihat jentera tengah negara tampak tidak seimbang memandangkan terlalu ramai pemain tengah menyerang yang ada ketika ini tetapi beliau mengakui setiap pemain memiliki kemampuan masing masing.

“Semua pemain tengah kita bagus cuma mungkin dalam segi taktikal jurulatih atau tugas yang diberikan, tak semua boleh laksanakannya. Kita lihat Syamer Kutty sebagai pemain tengah bertahan atau ‘box to box’ tetapi Liridon terlalu bebas.

“(Liridon) di JDT tidak bebas kerana kita paksa dia turun ke pertahanan. Dia bermain pasukan Malaysia, dapat pasport mewakili Malaysia jadi suka atau tidak, dia kena turun ke pertahanan.

“Masalahnya saya lihat di sana – Azam Azih, Nazmi, Liridon – pemain tengah menyerang jadi tinggallah Syamer. Bagi saya, untuk kestabilan di bahagian tengah, mungkin lebih sesuai untuk ada Natxo supaya boleh memberi kebebasan kepada Nazmi, Azam atau Liridon naik ke atas.

“Brendan pun boleh (posisi Natxo) namun kena tengok prestasi di dalam liga dan itu terpulanglah kepada jurulatih. Kalau pilihan saya, saya tak letak dia (Brendan), saya letak Natxo, Nazmi dan Liridon. Tetapi Natxo tiada jadi buat masa ini, Brendan paling sesuai untuk posisi itu,” katanya dalam sesi temubual menerusi rancangan Nindia Bola di Instagram, kelmarin. – MalaysiaGazette